BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 21, 2010

Tatkala cinta bersatu

"Tunggu saya balik,tau?Janji dengan saya?Saya pergi 3 tahun je".

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang.Ah...sudah 4 tahun berlalu,tapi Luth masih mendiamkan diri.Janjinya hendak mengahwini aku masih belum ditunaikan.Dan air mata mula berlinangan saat teringat janji itu.'Mana awak? Dah 4 tahun,Luth..'

"Oi!Berangan lagi kau ni aik?",sergah Liana.

"Eh,apa yang kau melalut ni?Mana ada aku berangan!",pintas Qisya.

"Kau ingat lagi ke Luth tu?Dah 4 tahun Qisya.Lupakanlah dia!",ujar Liana.'Haih apa lah bagusnya Luth tu!'

"Dia dah janji,Ana.Aku tetap nak tunggu dia.Dia mesti datang tunaikan janji dia dekat aku!",air mata mula membasahi pipinya.'Hati saya dekat awak,Luth'.

Liana segera memeluk Qisya dengan harapan supaya dapat mengurangkan kepedihan hati Qisya.'Qisya,bila kau nak sedar yang Luth dah mungkir janji?'
----------------------------------------------

"Qisya,bos panggil tu!",jerit Kak Ina,iaitu setiausaha Datuk Syahidan.

Qisya segera bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke bilik Datuk Syahidan. Pintu bilik diketuk perlahan.

"Masuk!"

Pintu bilik dibuka dan seorang lelaki berada dalam bilik tersebut membelakanginya.

"Errr...Datuk panggil saya ke?",tanya Qisya.

"Ha'a.Mari.Saya kenalkan awak dengan anak saudara saya yang akan mengambil alih syarikat ini tak lama lagi.Saya harap awak berdua boleh berkerjasama dengan baik!",kata Datuk Syahidan dengan senyuman manis.

Lelaki yang membelakanginya segera pusing ke belakang.

'Luth?Tak mungkin!'

"Luth?",kata Qisya dengan sebaknya.

"Qisya?Awak ke tu?",terpamer kerutan di dahi Luth.

Datuk Syahidan terpinga-pinga.

'Tak mungkin itu Luth.Bukankah Luth dekat US?Mana mungkin dia dah kembali.Kalau dah,mesti dia bagitahu aku',desis hati Qisya.

"Luth?Bukan awak dekat US ke?".

"Tak.Saya balik sini 2 bulan lepas.Awak sihat?Suami awak apa khabar?",kata Luth dengan senyuman kelat.


"Ha?Suami?Bila masa saya kahwin?Saya yang patut tanya awak mana awak pergi.Kata 3 tahun!Ni dah lebih!".

"Qisya Risya,hentikan semua ni! Jangan nak berpura-pura dengan hakikat sebenar yang awak tu dah kahwin! Buat apa saya nak balik ke sini lepas dah tahu yang awak curang dengan saya ?Untuk apa? Untuk lihat awak bahagia dengan suami awak?",tengking Luth.


"Hei,bila masa saya kahwin!Awak jangan buat fitnah!Awak yang salah.Kenapa pula nak salahkan saya?4 tahun saya tunggu awak tahu??",balas Qisya.

Datuk Syahidan hanya mendiamkan diri.Membiarkan mereka menyelesaikan masalah mereka.


"Jangan buat tak tahu,Qisya!Awak tu yang pengkhianat cinta kita!Saya tak tahulah macam mana saya boleh jatuh cinta dengan awak!".

Kata-kata itu memberikan impakan yang sangat besar kepada Qisya.Kenyataan itu telah merobek hatinya yang selama ini setia pada Luth.'Sampai hati awak,Luth...'

Qisya terus berlari keluar dari bilik tersebut dengan linangan air mata tanpa mempedulikan Luth yang masih tercegat dengan muka merahnya menahan perasaan marah. 
------------------------------------------------

"Sudahlah tu Qisya.Dah lama sangat kau menangis.Dah bengkak mata kau tu",kata Liana yang masih sedang menenangkan Qisya yang dari tadi tidak berhenti menangis akibat tamparan kata-kata Luth,lelaki yang dicintainya.

"Sampai hati dia,Ana!Dia tak sepatutnya cakap macam tu.Dia tak tahu ke aku lagi derita tunggu dia kat sini",kata Qisya dengan perasaan hiba dan pilu.

-----------------------------------------------------

Sejak Luth mengambil alih tempat Datuk Syahidan,Qisya terpaksa menahan seksaan yang dilakukan oleh Luth.Pelbagai cara yang Luth lakukan demi menyakiti hati Qisya.Airmata sudah terlalu banyak di'lemparkan' luar.Susah 4 bulan perkara ini berterusan.

"Qisya!!!!!!!",jerit Luth dengan lantangnya.

Tergesa-gesa Qisya mengatur langkah ke bilik Luth.'Ah,mati aku!Macam mana aku boleh lupa nak hantar fail projek kat Sabah'.Pintu bilik segera dibuka dan Qisya berlari ke arah Luth yang tercegat di hadapan mejanya.

"Lembab betullah awak buat kerja!Nenek saya yang dah bertongkat pun laju lagi dari awak!",tengking Luth.

"Maaf Encik Luth.Saya terlupa",kata Qisya dengan perasaan gementar.

"Maaf awak kata???Hei!!Awak ni betul-betul tak menghargai masa saya!Dahlah tak pandai menghargai orang dekat sekeliling awak!Macam mana lah saya boleh jatuh cinta kat awak dulu?Bodoh betul saya ni!!!",sindir Luth dengan harapan agar Qisya semakin terluka dengan tindakannya.

Kata-kata itu cukup melukakan sekeping hati Qisya.'Ah!Aku dah tak tahan!',desisnya.

"Encik Luth!Awak sendiri yang cakap dekat saya jangan campur adukkan hal pejabat dengan peribadi tapi awak yang langgar peraturan tu!Awak hanya tahu salahkan saya saja!Awak tak tahu ke saya tunggu awak 4 tahun!Awak sendiri buat janji yang awak akan balik dalam masa 3 tahun tapi awak tak balik-balik!Saya lagi terseksa tunggu awak dekat sini!Awak tak boleh dera saya walhal awak tak tahu apa-apa pun!Untuk pengetahuan awak,Encik Luth,saya belum lagi berkahwin!Saya tunggu awak tunaikan janji awak tapi apa yang saya dapat dari awak?Ini yang saya dapat dari awak?Saya dah penat,Luth.Saya dah penat tunggu penjelasan awak..",airmata deras membasahi pipinya.

"Kalau awak dah tak perlukan saya,pulangkan hati saya balik,Luth.Tolonglah..Jangan biarkan saya tertanya-tanya apa yang tersirat dalam hati awak,Luth..",tersedu sedan Qisya menahan tangisan.

Luth terdiam.Tersentak.Tidak percaya kerana dia dapat berita bahawa Qisya sudah berkahwin.Langsung tidak disedari Qisya yang lari keluar dari bangunan itu.

Sejenak kemudian,Luth mula mencari kelibat Qisya.Mungkin dia patut dapatkan penjelasan dari Qisya dan baru dia sedari bahawa Qisya sudah tiada di hadapannya.Segara dicapai kunci keretanya.'Aku mesti cari dia!'
----------------------------------------------------

Luth memandu keretanya ke rumah Qisya.Dia segera keluar dari keretanya dan menekan loceng.Ting Ting Ting!

Kelihatan Liana yang keluar.Liana terkejut melihat Luth di hadapan rumah sewanya.

"Eh Luth!Lama tak jumpa!Kenapa datang sini?Rindu saya aik?",kata Liana dengan suara yang sengaja dilunakkan.

"Rindu dekat kau?!Eii..tolonglah!Kenapa kau buat cerita Qisya dah kahwin padahal dia belum bernikah lagi?",jerit Luth.

Pucat lesi muka Liana saat Luth membongkar kebenaran dari dia.Ya,dia yang buat cerita tersebut dengan harapan agar Luth kecewa dan jatuh cinta kepadanya!Dia yang mula bertemu Luth tapi Qisya yang dapat Luth!Bagi Liana,Qisya adalah perampas dan halangannya untuk mendapatkan Luth!

"Kau yang selama ini yang rancang semua benda ini kan?Kenapa?Qisya tu kawan kau kan?Kawan baik kau sendiri.Aku tahu kau simpan perasaan dekat aku tapi untuk mengkhianat kawan kau sendiri?",keluh Luth.

Liana yang mendiamkan diri.Perasaan bersalah mula menular di hatinya.
 
"Maafkan aku Luth seba aku bodoh!Aku minta maaf!Kau baca surat yang Qisya tinggalkan.Aku janji aku tolong kau cari Qisya untuk tebus balik apa yang aku buat!Aku akan terangkan semuanya pada dia,Luth!",kata Liana dengan airmata yang masih berlinangan.

-------------------------------------------------

Surat itu segera dibukanya.

'Tasik!!'.Luth segera memandu ke tasik yang menjadi tempat pertemuan mereka saban hari.
Hatinya betul-betul berharap agar dia sempat memberitahu gadis tersebut bahawa dia masih mencintainya.
-----------------------------------------------

Luth berlari mengelilingi tasik tersebut untuk mencari Qisya.Dan pada suatu sudut,dia terlihat Qisya mengalirkan airmata.Dia berlari mendapatkan Qisya dan berdiri di hadapannya.

"Qisya Risya,saya masih cintakan awak.Sudikah awak menjadi tulang rusuk saya kembali?",kata Luth perlahan sambil melutut di hadapan Qisya.


Qisya terkejut melihat Luth di hadapannya yang baru sahaja melamarnya.Dia tersenyum dan menggangguk kerana masih tidak percaya Luth melamarnya.

Luth memberikan penjelasan tentang perkara sebenar kepada Qisya.Liana yang juga turut datang ke tasik tersebut menangis teresak-esak dalam pelukan Qisya.

-------------------------------------------

"Eiii...awak ni!Saya nak juga baju pengantin tu!",ujar Qisya dengan muncungnya.

Luth memandang ke arah baju pengantin pilihan Qisha.'Biar betul Qisya suka baju ni.Bukan  
lawa pun'.

"Please...Qisya nak baju tu.Kalau Luth pakai tuxedo tu,mesti segak!",pujuk Qisya. 

"Tapi Qisya,biasa je Luth tengok baju tu.Bukan lawa pun!",Luth segera menafikan.

"Luth sayang Qisya kan?",sengaja dilunakkan suaranya.

'Aduhai...Ini yang aku lemah ni.Pandai betullah Qisya psiko aku.Geram betul!',desis hati kecil Luth.

"Okeylah.Ikut Qisya lah",ujar Luth dengan suara garaunya.

Qisya tersenyum girang.'Senang je nak psiko Luth.Hehe.'

Mereka saling berbalas senyuman.Perasaan bahagia mula meresapi hati mereka.Dalam masa 4 bulan lagi,mereka bakal mendirikan mahligai cinta.And they live happily ever after!

2 tukangkata:

hijab4piz said...

best sgt
tp tibe2 jer
terkejut r gak
hehehe ^_^

farishamajjah said...

Well, aq xsangke kwn aq yg sorang nie ade skill nk jadi penulis novel.hehehehe....btw, best ar jugak.