BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 11, 2010

Prolog


"Abang,tolonglah Nia jaga Airy!",kata Nia kepada suaminya yang sedang menonton televisyen.

Zariel hanya melontarkan pandangan sekilas kepada isterinya kemudian menyambung kembali pandangannya ke televisyen.'Huh,tadi bukan main eksyen tak nak aku tolong dia jaga Airy!',getus hati kecilnya.

Nia tahu suaminya merajuk kerana dia tidak membenarkan Zariel menjaga Airy,cahaya mata sulung mereka bersama-sama.Lalu dengan segera,dia membuka langkah mendekati suami kesayangannya.

"Abang...abang janganlah merajuk lagi aik?Nia bukan apa..Nia nak try jaga Airy sorang-sorang."lembut tutur katanya.'Minta-minta suami aku cair dengar suara aku yang dah cukup merdu ni'.

Zariel hanya membatukan diri.'Patut ke aku maafkan isteri aku?Em..ala...maafkan aje la..'
"Ye la ye la..Abang maafkan cuma satu aje yang abang minta kat sayang..Abang nak kita BERDUA jaga cinta kita sama-sama.Zuhairy tu anak abang dengan Nia.Bukan anak abang sorang.Bukan anak Nia sorang.Itu hak kita BERSAMA!",tegas bicaranya supaya isterinya faham kehendak hatinya.

"Em..ok!Nia faham..Nia minta maaf sebab buat abang tersinggung tadi.Nia janji kita BERDUA yang jaga Airy sama-sama!",kata Nia dengan penuh semangat.Lalu Nia melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.Manja.

Zariel memeluk erat isterinya.Kini bahagia yang dia cari sudah dia temui.Zariel yakin DANIA MAISARA cinta sejatinya.Dan ZUHAIRY HAKIMI adalah bukti cinta sejati antara dia dan isterinya.

"Sayang..I love you so much.Only you!",bicara romantik itu dibisikkan ke telinga isteri yang sangat dia cintai.
Nia hanya tersenyum bahagia.'Cinta adalah milik kita yang abadi',getus hatinya.

0 tukangkata: