BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 28, 2012

Welcome !

Assalamualaikum !

Novel THE PRINCE AND ME akan disambung semula selepas aku tamat menduduki SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013 , insya Allah . Terima kasih kepada sesiapa yang pernah baca cerpen dan beberapa episod THE PRINCE AND ME :) Boleh datang singgah pada akhir bulan 2013 :P Hehe :P

Wednesday, March 23, 2011

Dosa Silam

             Tersayup-sayup kedengaran suara memanggil namaku dalam sedu namun alangkah sedihnya kudrat badan tidak tergerak untuk menggapainya. Aku berdiri di hujung persimpangan. Sunyi sepi. Yang kelihatan hanya kegelapan. Di manakah aku berada? Aku cuba imbas kembali apa yang terjadi pada diriku sebelum berada di tempat ini. Apakah dosaku sehingga dihukum sebegini rupa?

            Jelas kelihatan api yang marak melepaskan laharnya di suatu sudut. Hatiku mula terdetik. Tersentap. Dosa silamku mula terimbau kembali. Satu demi satu. Rasa takut menyelubungi diri. Adakah Tuhan ingin menghukum aku? Airmata mula merembes keluar. Melahirkan rasa gerun dengan kekuasaan Ilahi.

            Dengan perlahan, badanku tersungkur jatuh menyembah tanah. Rebah tidak terdaya. Jijik dengan diriku sendiri. Aku tahu sepanjang hidupku tidak pernah dahiku mencecah sejadah. Walaupun sekali. Nasihat ayahku tidak pernahku dengar. Aku merintih dalam diam. Ya Allah, tidak terhitung segala dosaku. Adakah masih sempat aku memohon keampunan dari-Mu? Jiwa ragaku diselimuti rasa keinsafan. Dingin. Tenang. Inginku kembali menuntut ilmu-Mu. Demi cahaya ketenangan.

            Tiba-tiba, badanku ditarik jauh dari tempat itu. Aku menjerit memanggil nama-Mu. Pinta agar diberi masa untuk bertaubat. Namun aku terasa ada cahaya terik menyilaukan pandangan mataku.Payah sungguh untukku membuka mata kerana cahaya itu semakin memancar tepat ke mataku. Aku segera meliarkan pandangan mataku ke seluruh bilik itu sejurus mataku berjaya dibuka. Hanya putih kelihatan. Dalam sedar, aku menangkap kelibat seseorang di sebelahku. Tangan yang erat dan kejap memegang tanganku. Sejenak aku berfikir untuk mengenalpasti gerangan itu.

            Ya, dia ayahku. Insan yang paling sabar melayani segala kerenahku. Aku sedar sejak kematian ibuku, perangaiku semakin menjadi-jadi. Tapi ayah, dia tidak pernah jemu berada di sisiku biarpun kata-kata kesat sering dilemparkan kepadanya. Bahkan sudah menjadi “makanan” wajib telinganya setiap hari.

            Tanganku diangkat perlahan biarpun rasa sakit semakin menusuk. Aku ingin memohon maaf kepada ayah. Bersujud dengan penuh rasa kekesalan di kakinya. Perbuatan aku menggerakkan badan itu menyedarkan ayah dari tidurnya. Mata ayah bersinar kegembiraan melihat aku terjaga dari lena yang panjang. Ayah segera memelukku dengan perasaan bersyukur. Kehangatan kasihnya sungguh mendamaikan hati. Berulang kali ucapan maaf ku ungkapkan kepada ayah. Tapi aku tahu kasihnya tidak pernah luput biarpun semakin dimamah usia. Bagai ombak laut yang tetap setia menghempas pasir pantai. Semangat aku berkobar-kobar untuk memulakan kehidupan baru. Terasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Suci daripada sebarang dosa dan noda.

            Aku ingin terus mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sepanjang hidupku. Selagi Malaikat Maut belum datang mencabut nyawaku. Selagi tangan dan kaki ini masih mampu untuk bergerak. Selagi aku masih menghirup nafas di bumi ini. Itu janji ku pada Yang Maha Esa. Burung-burung kerkicauan meluahkan rasa syukurnya pabila  hati yang sesat kembali pulang ke pangkuan jalan-Nya. Angin menderu perlahan mengheningkan suasana keinsafan.




pesanan cik comel :) maaf, cerpen ini agak pendek. officially created by Hanum. penasihat bahasa tungganglanggang, Cik Hanani :)

Friday, May 21, 2010

Tatkala cinta bersatu

"Tunggu saya balik,tau?Janji dengan saya?Saya pergi 3 tahun je".

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang.Ah...sudah 4 tahun berlalu,tapi Luth masih mendiamkan diri.Janjinya hendak mengahwini aku masih belum ditunaikan.Dan air mata mula berlinangan saat teringat janji itu.'Mana awak? Dah 4 tahun,Luth..'

"Oi!Berangan lagi kau ni aik?",sergah Liana.

"Eh,apa yang kau melalut ni?Mana ada aku berangan!",pintas Qisya.

"Kau ingat lagi ke Luth tu?Dah 4 tahun Qisya.Lupakanlah dia!",ujar Liana.'Haih apa lah bagusnya Luth tu!'

"Dia dah janji,Ana.Aku tetap nak tunggu dia.Dia mesti datang tunaikan janji dia dekat aku!",air mata mula membasahi pipinya.'Hati saya dekat awak,Luth'.

Liana segera memeluk Qisya dengan harapan supaya dapat mengurangkan kepedihan hati Qisya.'Qisya,bila kau nak sedar yang Luth dah mungkir janji?'
----------------------------------------------

"Qisya,bos panggil tu!",jerit Kak Ina,iaitu setiausaha Datuk Syahidan.

Qisya segera bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke bilik Datuk Syahidan. Pintu bilik diketuk perlahan.

"Masuk!"

Pintu bilik dibuka dan seorang lelaki berada dalam bilik tersebut membelakanginya.

"Errr...Datuk panggil saya ke?",tanya Qisya.

"Ha'a.Mari.Saya kenalkan awak dengan anak saudara saya yang akan mengambil alih syarikat ini tak lama lagi.Saya harap awak berdua boleh berkerjasama dengan baik!",kata Datuk Syahidan dengan senyuman manis.

Lelaki yang membelakanginya segera pusing ke belakang.

'Luth?Tak mungkin!'

"Luth?",kata Qisya dengan sebaknya.

"Qisya?Awak ke tu?",terpamer kerutan di dahi Luth.

Datuk Syahidan terpinga-pinga.

'Tak mungkin itu Luth.Bukankah Luth dekat US?Mana mungkin dia dah kembali.Kalau dah,mesti dia bagitahu aku',desis hati Qisya.

"Luth?Bukan awak dekat US ke?".

"Tak.Saya balik sini 2 bulan lepas.Awak sihat?Suami awak apa khabar?",kata Luth dengan senyuman kelat.


"Ha?Suami?Bila masa saya kahwin?Saya yang patut tanya awak mana awak pergi.Kata 3 tahun!Ni dah lebih!".

"Qisya Risya,hentikan semua ni! Jangan nak berpura-pura dengan hakikat sebenar yang awak tu dah kahwin! Buat apa saya nak balik ke sini lepas dah tahu yang awak curang dengan saya ?Untuk apa? Untuk lihat awak bahagia dengan suami awak?",tengking Luth.


"Hei,bila masa saya kahwin!Awak jangan buat fitnah!Awak yang salah.Kenapa pula nak salahkan saya?4 tahun saya tunggu awak tahu??",balas Qisya.

Datuk Syahidan hanya mendiamkan diri.Membiarkan mereka menyelesaikan masalah mereka.


"Jangan buat tak tahu,Qisya!Awak tu yang pengkhianat cinta kita!Saya tak tahulah macam mana saya boleh jatuh cinta dengan awak!".

Kata-kata itu memberikan impakan yang sangat besar kepada Qisya.Kenyataan itu telah merobek hatinya yang selama ini setia pada Luth.'Sampai hati awak,Luth...'

Qisya terus berlari keluar dari bilik tersebut dengan linangan air mata tanpa mempedulikan Luth yang masih tercegat dengan muka merahnya menahan perasaan marah. 
------------------------------------------------

"Sudahlah tu Qisya.Dah lama sangat kau menangis.Dah bengkak mata kau tu",kata Liana yang masih sedang menenangkan Qisya yang dari tadi tidak berhenti menangis akibat tamparan kata-kata Luth,lelaki yang dicintainya.

"Sampai hati dia,Ana!Dia tak sepatutnya cakap macam tu.Dia tak tahu ke aku lagi derita tunggu dia kat sini",kata Qisya dengan perasaan hiba dan pilu.

-----------------------------------------------------

Sejak Luth mengambil alih tempat Datuk Syahidan,Qisya terpaksa menahan seksaan yang dilakukan oleh Luth.Pelbagai cara yang Luth lakukan demi menyakiti hati Qisya.Airmata sudah terlalu banyak di'lemparkan' luar.Susah 4 bulan perkara ini berterusan.

"Qisya!!!!!!!",jerit Luth dengan lantangnya.

Tergesa-gesa Qisya mengatur langkah ke bilik Luth.'Ah,mati aku!Macam mana aku boleh lupa nak hantar fail projek kat Sabah'.Pintu bilik segera dibuka dan Qisya berlari ke arah Luth yang tercegat di hadapan mejanya.

"Lembab betullah awak buat kerja!Nenek saya yang dah bertongkat pun laju lagi dari awak!",tengking Luth.

"Maaf Encik Luth.Saya terlupa",kata Qisya dengan perasaan gementar.

"Maaf awak kata???Hei!!Awak ni betul-betul tak menghargai masa saya!Dahlah tak pandai menghargai orang dekat sekeliling awak!Macam mana lah saya boleh jatuh cinta kat awak dulu?Bodoh betul saya ni!!!",sindir Luth dengan harapan agar Qisya semakin terluka dengan tindakannya.

Kata-kata itu cukup melukakan sekeping hati Qisya.'Ah!Aku dah tak tahan!',desisnya.

"Encik Luth!Awak sendiri yang cakap dekat saya jangan campur adukkan hal pejabat dengan peribadi tapi awak yang langgar peraturan tu!Awak hanya tahu salahkan saya saja!Awak tak tahu ke saya tunggu awak 4 tahun!Awak sendiri buat janji yang awak akan balik dalam masa 3 tahun tapi awak tak balik-balik!Saya lagi terseksa tunggu awak dekat sini!Awak tak boleh dera saya walhal awak tak tahu apa-apa pun!Untuk pengetahuan awak,Encik Luth,saya belum lagi berkahwin!Saya tunggu awak tunaikan janji awak tapi apa yang saya dapat dari awak?Ini yang saya dapat dari awak?Saya dah penat,Luth.Saya dah penat tunggu penjelasan awak..",airmata deras membasahi pipinya.

"Kalau awak dah tak perlukan saya,pulangkan hati saya balik,Luth.Tolonglah..Jangan biarkan saya tertanya-tanya apa yang tersirat dalam hati awak,Luth..",tersedu sedan Qisya menahan tangisan.

Luth terdiam.Tersentak.Tidak percaya kerana dia dapat berita bahawa Qisya sudah berkahwin.Langsung tidak disedari Qisya yang lari keluar dari bangunan itu.

Sejenak kemudian,Luth mula mencari kelibat Qisya.Mungkin dia patut dapatkan penjelasan dari Qisya dan baru dia sedari bahawa Qisya sudah tiada di hadapannya.Segara dicapai kunci keretanya.'Aku mesti cari dia!'
----------------------------------------------------

Luth memandu keretanya ke rumah Qisya.Dia segera keluar dari keretanya dan menekan loceng.Ting Ting Ting!

Kelihatan Liana yang keluar.Liana terkejut melihat Luth di hadapan rumah sewanya.

"Eh Luth!Lama tak jumpa!Kenapa datang sini?Rindu saya aik?",kata Liana dengan suara yang sengaja dilunakkan.

"Rindu dekat kau?!Eii..tolonglah!Kenapa kau buat cerita Qisya dah kahwin padahal dia belum bernikah lagi?",jerit Luth.

Pucat lesi muka Liana saat Luth membongkar kebenaran dari dia.Ya,dia yang buat cerita tersebut dengan harapan agar Luth kecewa dan jatuh cinta kepadanya!Dia yang mula bertemu Luth tapi Qisya yang dapat Luth!Bagi Liana,Qisya adalah perampas dan halangannya untuk mendapatkan Luth!

"Kau yang selama ini yang rancang semua benda ini kan?Kenapa?Qisya tu kawan kau kan?Kawan baik kau sendiri.Aku tahu kau simpan perasaan dekat aku tapi untuk mengkhianat kawan kau sendiri?",keluh Luth.

Liana yang mendiamkan diri.Perasaan bersalah mula menular di hatinya.
 
"Maafkan aku Luth seba aku bodoh!Aku minta maaf!Kau baca surat yang Qisya tinggalkan.Aku janji aku tolong kau cari Qisya untuk tebus balik apa yang aku buat!Aku akan terangkan semuanya pada dia,Luth!",kata Liana dengan airmata yang masih berlinangan.

-------------------------------------------------

Surat itu segera dibukanya.

'Tasik!!'.Luth segera memandu ke tasik yang menjadi tempat pertemuan mereka saban hari.
Hatinya betul-betul berharap agar dia sempat memberitahu gadis tersebut bahawa dia masih mencintainya.
-----------------------------------------------

Luth berlari mengelilingi tasik tersebut untuk mencari Qisya.Dan pada suatu sudut,dia terlihat Qisya mengalirkan airmata.Dia berlari mendapatkan Qisya dan berdiri di hadapannya.

"Qisya Risya,saya masih cintakan awak.Sudikah awak menjadi tulang rusuk saya kembali?",kata Luth perlahan sambil melutut di hadapan Qisya.


Qisya terkejut melihat Luth di hadapannya yang baru sahaja melamarnya.Dia tersenyum dan menggangguk kerana masih tidak percaya Luth melamarnya.

Luth memberikan penjelasan tentang perkara sebenar kepada Qisya.Liana yang juga turut datang ke tasik tersebut menangis teresak-esak dalam pelukan Qisya.

-------------------------------------------

"Eiii...awak ni!Saya nak juga baju pengantin tu!",ujar Qisya dengan muncungnya.

Luth memandang ke arah baju pengantin pilihan Qisha.'Biar betul Qisya suka baju ni.Bukan  
lawa pun'.

"Please...Qisya nak baju tu.Kalau Luth pakai tuxedo tu,mesti segak!",pujuk Qisya. 

"Tapi Qisya,biasa je Luth tengok baju tu.Bukan lawa pun!",Luth segera menafikan.

"Luth sayang Qisya kan?",sengaja dilunakkan suaranya.

'Aduhai...Ini yang aku lemah ni.Pandai betullah Qisya psiko aku.Geram betul!',desis hati kecil Luth.

"Okeylah.Ikut Qisya lah",ujar Luth dengan suara garaunya.

Qisya tersenyum girang.'Senang je nak psiko Luth.Hehe.'

Mereka saling berbalas senyuman.Perasaan bahagia mula meresapi hati mereka.Dalam masa 4 bulan lagi,mereka bakal mendirikan mahligai cinta.And they live happily ever after!

Saturday, March 13, 2010

The Prince And Me (4)

"Hello.Assamualaikum.Boleh saya bercakap dengan err?",ujar Zariel dengan rasa gementarnya.

"Dengan siapa?",balas Nia kasar.'Ni aku menyampah ni bila lelaki call'.

"Macam ni lah,saya Zariel.Lelaki yang langgar awak tadi.Yang awak panggil saya mat salih celup tu",beriya-iya Zariel meyakinkan Nia bahawa dia lelaki yang langgar Nia pagi tadi.

'Oh,mamat yang masuk perangkap aku'."Oh!Yalah!Baru saya teringat!Kenapa awak telefon saya?Nak ajak saya makan ke?By the way,jangan lupa hukuman awak",kata Nia.

"Ha'a.Saya tak lupa hukuman saya.Ni saya call awak sebab nak ajak awak makan malam ni.Awak free tak malam ni?",berdebar-debar jantung Zariel menunggu jawapan dari Nia.

"Malam ni?Maaflah sebab saya tak keluar malam.Abang saya mesti marah kalau tahu saya nak keluar malam.Kalau lunch,boleh tak?",ujar Nia.'Ada hati nak makan malam dengan aku.Yucks,geli aku!'.

"Oh.Ok!Boleh saja!Saya free lunch ni.Saya jemput awak aik?Tapi office awak dekat mana?",tanya Zariel dengan hati yang sungguh girang.

"Err..Office?Dekat Bangsar.Jalan Dato Onn.AIM Sdn Bhd.Bangunan tu warna hijau.Yang hujung sekali.Saya nak lunch dekat Restoran Sana'a boleh?Restoran Arab.Kat Cyberjaya",balas Nia.

"Boleh!Boleh!Saya tahu tempat tu!Saya jemput awak pukul 12.30 tengah hari,okey?".'Excitednya!!',getus hati Zariel.

"Okey.Saya ada kerja ni.Assamualaikum",ujar Nia kepada Zariel lalu terus dimatikan handphonenya..'Tak ada kerja aku nak layan kau!'.

'Aik?Dah letak phone dah!.Cepatnya..',Zariel berkata sendirian dengan dahi berkerut seribu.

The Prince And Me (3)


"Saya minta diri dululah yerk.Assamualaikum.."ujar Zariel sebelum berlalu pergi.Hasratnya ingin berkenalan dengan gadis yang telah menarik perhatiannya terpaksa ditangguhkan.Kalau ada jodoh,tak kemana.Ya pu,dia sudah terlewat temu janji dengan clientnya.

"Oi!Kau nak berambus macam tu aja?!Banyak cantik muka kau!Eh,cube aku ni siapa nak tolong gantikan?!Atuk kau?!Kau kena bertanggungjawab!Dahlah cube tu lagi sikit aje nak complete!Tengok,aku kena buat balik!Ni semua pasal kau!",marah Nia dengan muka yang sudah kemerahan gara-gara menahan kemarahan yang tidak terhingga.

"Cube?Tak apalah.Nanti saya tolong belikan aik untuk awak?Awak bagi nombor fon awak.Nanti saya call"ujar Zariel dengan tenang.

"EH,kalau setakat kau nak belikan aku punya cube tak payahlah!Kau belikan berapa banyak cube yang ada dekat bumi ni tetap takkan sama dengan cube tu!Cube tu ada sentimental value!".

"Bukan awak ke yang suruh saya bertanggungjawab?Awak cakap aja apa yang awak nak!Saya sanggup buat apa sahaja kalau itu yang boleh puaskan hati awak",kata Zariel kepada Nia.

'Sanggup buat apa sahaja??Em..Masa ni terbaik untuk aku balas dendam dekat lelaki!Lelaki semuanya sama aja macam Kamal except my beloved brother'.Hati Dania tekad untuk balas dendam.Biarpun bukan dia yang bersalah!Dia peduli apa!Yang penting,sama jenis!

"Apa kata kalau kau belanja aku makan?1 year.Starting from today"kata Nia. 

'Setahun..Maknanya aku bolehlah tackle dia ni!Dalam masa setahun!Aku akan pastikan dia jadi isteri aku!Umur aku pun dah lanjut.Dah 27 tahun.Patut dah ada isteri',getus hati Zariel.
"Ok!But not now!Saya ada temu janji dengan client!Maybe awak boleh tinggalkan nombor fon awak dekat saya.Nanti saya call.Jemput awak malam ni.Jangan risau saya takkan apa-apakan awak!"ujar Zariel dengan hati yang girang.

'Yes!Dia masuk perangkap aku!Siap kau!'

"Ni nombor saya"kata Nia sebelum menghulurkan card

"Kalau macam tu,saya minta diri dulu.Nanti saya call!I promise!".Lantas Zariel berlalu pergi dengan senyuman yang cukup mekar di bibirnya.Oh Mama!Along dah jatuh cinta!

Nia hanya memandang langkah lelaki itu sebelum ia hilang dari pandangan matanya.'Tak sabar aku nak seksa hati mamat tu!'.Akal jahat Nia mula merancang.

The Prince And Me (2)


Susah gila nak selesaikan benda alah ni!!Geramnya aku!Dah berzaman dah!Sampai sekarang aku tak berjaya completekan cube ni!Ah!Tak apa..Lagi sikit aja lagi'keluh Nia.Tanpa dia sedari,seorang jejaka sedang berjalan menuju ke arahnya.Dan..
Gedebukk..!!

"Adoi!Hoi!Orang utan mana yang langgar aku ni!Dah buta sangat ke?!"jerit Nia kepada jejaka yang telah melanggarnya tanpa memandang ke arahnya.Lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk membantu perempuan itu berdiri.

"I'm really really sorry Miss!"ujar lelaki itu dengan penuh rasa serba salah.
Dania mengangkat muka untuk melihat lelaki yang telah melanggarnya tergamam!'Eh,orang mat salih lah!Kenalah layan baik-baik!Kitakan orang Malaysia.Malaysia BOLEH!'getus hati kecilnya.

"It's okay,sir!",lembut sahaja tutur katanya.

"Terima kasih sebab maafkan saya.Saya betul-betul tak nampak awak tadi.May I know your name?I'm Zariel",katanya sebelum menghulurkan tangannya tanda perkenalan.

'Eh!Orang Melayulah!!Eii..Jangan haraplah aku buat baik dengan kau!Tunggu ayam aku bertelur keluar harimau dulu!',keluh Nia.

"Hoi!Kau ni buta ke apa ha?!Tak nampak aku punya besar ni!Agaknya kau buta!Kalau dah buta tu pergilah check doktor!Tak payah nak susahkan hidup aku!",tengking Nia.

"Hahahahaha!!Lawaklah awak ni!Besar awak cakap!Kecil molek aja saya tengok!Rasanya awak yang buta bukan saya!Awak nak suruhkan saya temankan awak pergi jumpa doktor ke?"sindir Zariel dengan nada yang selamba.

"Hoi!Kau jaga sikit mulut kau aik?!Jangan nak jadi biadap sangat!Dahlah mat salih celup!Asal orang melayu ni dah tak laku sangat ke?!",balas Nia.'Amik kau!!'

“Saudari,saya rasa awak yang biadap dekat sini.Bukan saya".
'La...mamat ni stone cold gila!Aku punya hentam bagai nak rak!Rilek aja dia!Eh,ini tak boleh jadi ni!Dahlah cube aku dah pecah!Waaaa~~Lagi sikit aja nak complete!!'

Thursday, March 11, 2010

The Prince & Me (1)


"Tapi kenapa Kamal?Apa salah saya?"keluh Nia dengan sayunya. 

"Sebab awak tu hodoh!Tak ada rupa!Dah lah kolot!Ada hati nak kat aku?!!Hoi perempuan!!Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau?!Selama ini aku hanya sahut cabaran kawan-kawan aku supaya pikat kau dan tinggalkan kau!Itu aje!Kau tak payah beranganlah nak jadi teman wanita aku!!Kasi free pun aku tak lalulah!Ya pun..Aku sekarang ni dengan Rossa!",tengking Kamal dengan lantangnya tanpa mempedulikan air mata yang membasahi pipi Nia.

"Sampai hati awak mempermainkan cinta saya?Tergamak awak?Saya memang tak sangka!Saya memang bodoh!Terlalu bodoh sampai tak perasan yang awak cuma mempermainkan cinta saya!",jerit Nia kepada Kamal.

"Baguslah kalau kau sedar diri yang kau tu tak sepadan dengan aku!Ada hati nak bercinta dengan lelaki macam aku!Eii..Tak payah beranganlah perempuan!Hei perempuan!Kau dengar sini baik-baik!Mulai hari ini,kau dan aku tak ada apa-apa lagi hubungan.Dan kau jangan ganggu hidup aku!Aku rimas dengan kau!",kata Kamal. 

"Baik!Saya takkan ganggu awak lagi!Sampai hati awak,Kamal!Dan saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!",kata Nia sebelum berlalu dari tasik itu.

Namun tanpa disangka-sangka,Nia patah balik ke tasik itu.Dan...
Pangg!!
"Ini sebab awak mempermainkan cinta suci saya!"jerit Nia dengan lantangnya.
Pangg!!Satu lagi tamparan Nia 'hadiahkan' kepada Kamal.
"Dan ini sebab awak hina saya!",sejurus selepas itu Nia terus beredar dengan muka bengis.Kamal betul-betul tergamam!Tidak sangka gadis yang lemah lembut itu sanggup menampar pipinya.Bukan sekali tapi dua kali!Terasa jatuh egonya sebagai seorang lelaki!