BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 13, 2010

The Prince And Me (4)

"Hello.Assamualaikum.Boleh saya bercakap dengan err?",ujar Zariel dengan rasa gementarnya.

"Dengan siapa?",balas Nia kasar.'Ni aku menyampah ni bila lelaki call'.

"Macam ni lah,saya Zariel.Lelaki yang langgar awak tadi.Yang awak panggil saya mat salih celup tu",beriya-iya Zariel meyakinkan Nia bahawa dia lelaki yang langgar Nia pagi tadi.

'Oh,mamat yang masuk perangkap aku'."Oh!Yalah!Baru saya teringat!Kenapa awak telefon saya?Nak ajak saya makan ke?By the way,jangan lupa hukuman awak",kata Nia.

"Ha'a.Saya tak lupa hukuman saya.Ni saya call awak sebab nak ajak awak makan malam ni.Awak free tak malam ni?",berdebar-debar jantung Zariel menunggu jawapan dari Nia.

"Malam ni?Maaflah sebab saya tak keluar malam.Abang saya mesti marah kalau tahu saya nak keluar malam.Kalau lunch,boleh tak?",ujar Nia.'Ada hati nak makan malam dengan aku.Yucks,geli aku!'.

"Oh.Ok!Boleh saja!Saya free lunch ni.Saya jemput awak aik?Tapi office awak dekat mana?",tanya Zariel dengan hati yang sungguh girang.

"Err..Office?Dekat Bangsar.Jalan Dato Onn.AIM Sdn Bhd.Bangunan tu warna hijau.Yang hujung sekali.Saya nak lunch dekat Restoran Sana'a boleh?Restoran Arab.Kat Cyberjaya",balas Nia.

"Boleh!Boleh!Saya tahu tempat tu!Saya jemput awak pukul 12.30 tengah hari,okey?".'Excitednya!!',getus hati Zariel.

"Okey.Saya ada kerja ni.Assamualaikum",ujar Nia kepada Zariel lalu terus dimatikan handphonenya..'Tak ada kerja aku nak layan kau!'.

'Aik?Dah letak phone dah!.Cepatnya..',Zariel berkata sendirian dengan dahi berkerut seribu.

1 tukangkata:

hijab4piz said...

best r citer ni
cam bkn kwn aku tulis jer
hehehe ^_^
papepon ble nk sambung ni??
pnat aku tunggu tau
aku harap giler yg ko.....










SAMBUNG CEPAT!!!!