BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 11, 2010

The Prince & Me (1)


"Tapi kenapa Kamal?Apa salah saya?"keluh Nia dengan sayunya. 

"Sebab awak tu hodoh!Tak ada rupa!Dah lah kolot!Ada hati nak kat aku?!!Hoi perempuan!!Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau?!Selama ini aku hanya sahut cabaran kawan-kawan aku supaya pikat kau dan tinggalkan kau!Itu aje!Kau tak payah beranganlah nak jadi teman wanita aku!!Kasi free pun aku tak lalulah!Ya pun..Aku sekarang ni dengan Rossa!",tengking Kamal dengan lantangnya tanpa mempedulikan air mata yang membasahi pipi Nia.

"Sampai hati awak mempermainkan cinta saya?Tergamak awak?Saya memang tak sangka!Saya memang bodoh!Terlalu bodoh sampai tak perasan yang awak cuma mempermainkan cinta saya!",jerit Nia kepada Kamal.

"Baguslah kalau kau sedar diri yang kau tu tak sepadan dengan aku!Ada hati nak bercinta dengan lelaki macam aku!Eii..Tak payah beranganlah perempuan!Hei perempuan!Kau dengar sini baik-baik!Mulai hari ini,kau dan aku tak ada apa-apa lagi hubungan.Dan kau jangan ganggu hidup aku!Aku rimas dengan kau!",kata Kamal. 

"Baik!Saya takkan ganggu awak lagi!Sampai hati awak,Kamal!Dan saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!",kata Nia sebelum berlalu dari tasik itu.

Namun tanpa disangka-sangka,Nia patah balik ke tasik itu.Dan...
Pangg!!
"Ini sebab awak mempermainkan cinta suci saya!"jerit Nia dengan lantangnya.
Pangg!!Satu lagi tamparan Nia 'hadiahkan' kepada Kamal.
"Dan ini sebab awak hina saya!",sejurus selepas itu Nia terus beredar dengan muka bengis.Kamal betul-betul tergamam!Tidak sangka gadis yang lemah lembut itu sanggup menampar pipinya.Bukan sekali tapi dua kali!Terasa jatuh egonya sebagai seorang lelaki!

0 tukangkata: